Hubungan dengan ukuran-ukuran lain Meter_per_saat

Walaupun m·s-1 ialah satu unit terbitan SI, ia boleh dilihat seperti lebih asasi daripada meter, kerana unit meter kini ditakrifkan daripada kelajuan cahaya di dalam ruang vakum, yang kini ditakrifkan sebagai tepat 299,792,458 m·s-1 oleh BIPM.[2] Satu meter per saat ialah 1/299,792,458 kelajuan cahaya dalam vakum.

Unit benz, dinamakan sempena Karl Benz, telah dicadangkan sebagai unit yang setara dengan meter per saat.[3] Walaupun ia menerima beberapa sokongan sebagai satu unit yang praktikal,[4] terutamanya daripada sumber-sumber Jerman,[3] ia tidak diterima sebagai unit SI untuk halaju[5] dan belum digunapakai atau diterima secara meluas.[6]